Make Money With Twitter

26 July 2009

Berbakat besar dan dibayangi kontroversi





TERNYATA Tuhan lebih menyayanginya. Selepas dua hari terlantar koma di Hospital Pakar Damansara (DSH) sejak Khamis lalu, pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad menyahut panggilan Ilahi. Tepat jam 11.25 malam kelmarin Yasmin disahkan meninggal dunia.

Berusia 51 tahun, bakat Yasmin dalam bidang perfileman dan iklan tanah air sememangnya sangat menyerlah. Bermula dengan filem Sepet pada 2004, dia mula dikenali dan karya dihasilkannya mendapat pengiktirafan tidak kira, sama ada dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, pada 23 Julai lalu beliau tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3. Justeru, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) DSH dan menjalani pembedahan membuang darah beku dalam otak akibat serangan angin ahmar (strok).

Dilahirkan pada 1 Julai 1958, Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

Apapun, karier seninya lebih dulu dimulakan dalam bidang pengiklanan di agensi Ogilvy & Mather.

Kemudian, beliau menyertai syarikat pengiklanan di Leo Burnett Kuala Lumpur sebagai pengarah kreatif.

Justeru, iklan Petronas dihasilkannya berjaya melonjakkan nama Yasmin untuk diiktiraf pengarah berjaya.

Bagaimanapun, Yasmin juga tidak lari daripada kontroversi.

Filem pertamanya Sepet dikritik hebat kerana menonjolkan hubungan cinta antara pasangan yang berbeza budaya dan agama.

Begitu juga dengan Gubra (2005) dan diikuti Muallaf pada tahun lalu kerana memaparkan adegan mencukur kepala wanita.





Namun, beliau tidak pernah gentar berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk, tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu menyertakan Sepet ke Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-50 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 September 2005.

Yasmin dengan lantang memaklumkan pengundurannya daripada FFAP itu disebabkan mendengar nasihat ibu bapanya.

Bahkan, Yasmin juga mengakui beliau diugut. Apapun, Sepet tetap filem hebat apabila menang kategori Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-18 (FFM18).

Biarpun karyanya sering dipertikai, Yasmin tetap aktif menghasilkan filem dan buah tangan terakhirnya tentulah, Talentime.

Sudah menemui penonton di pawagam tanah air beberapa bulan lalu, Yasmin dikatakan dalam proses mengarahkan filem baru hasil usaha sama produksi Malaysia dan Jepun berjudul Wasurenagusa (Forget-Me-Not).

Malah, filem itu dikatakan akan menampilkan bintang ciptaannya, Sharifah Amani sebagai watak utama.

Justeru, kini semuanya tinggal kenangan kerana Yasmin sudah meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang suami, Abdullah Tan Yew Leong.

Sepanjang pembabitannya dalam industri seni tempatan, antara kejayaan pernah diraihnya ialah Sepet menjadi Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-18 pada 2005.

Diikuti, Filem Terbaik pada Anugerah Video Malaysia Ke-9 dan Filem Terbaik pada Festival Pengarah Wanita Antarabangsa Creteil ke-27 di Perancis.

Bukan saja Sepet, filem lain dihasilkannya juga mendapat pengiktirafan di luar negara. Antaranya, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.

No comments:

Post a Comment

thank you for comment me,if there is something bad or good,i'm willing to accept it...please comment me anytime... terima kasih kerana komen saya..di hari akn dtg sy akan membaiki lg blog sy...

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..