Make Money With Twitter

12 February 2010

Pantun Aidilfitri

Pantun Aidilfitri Puasa itu satu perintah
Oleh Allah yang maha perkasa
Perintah itu jangan dibantah
Wajibnya itu pada yang berkuasa

Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera

Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia

Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Lemah lembut tuan puteri
Berhias pandai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

11 February 2010

Pantun Kepahlawanan

Pantun kepahlawanan
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal

Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Banyak batang tumbuh cendawan
Cendawan kukur jalan ke huma
Banyak orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama

Putus sudah tali temberang
Semasa belayar di sampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak

Apa guna padi bukit
Padi dibendang menabur bunga
Apa guna hati sakit
Mati bertikam termasyhur lama

Tebu bukannya bangkut
Rama-rama terbang ke kuala
Bukan kami kaki penakut
Berani kami korbankan nyawa

Memang pahit buah peria
Makanan orang pergi menjala
Jikalau mengaku taat setia
Bersamalah kita pertahan negara

Cik Embun orang berbidan
Pandai mengurut sakit kepala
Biar berkalang nyawa di badan
Kedaulatan negara kupertahankan jua

Kalau mengail di lubuk dangkal
Dapat ikan sepenuh raga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris di pinggang
Kalau tidak berani mati

Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisai tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa

Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata

Orang menyeberang gunakan titi
Titi dibuat tinggi di atas
Dalam telur lagikan dinanti
Inikan pula sudah menetas

Jika terjumpa ular tedung
Carilah buluh kayu pemukul
Berani buat beranilah tanggung
Tangan menjinjing bahu memikul

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara

Sungguh cantik bunga yang merah
Malangnya lama tidak disirami
Kalau jasadku rebah ke tanah
Rela aku disemadikan di sini

Telur itik dari Senggora
Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terhantar di Langkawi

Anna Abadi pergi ke Lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang

SEMERBAK BUNGA

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.
Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.
red_rose_flower3
Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.
Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.
imgp0032
Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

10 February 2010

Rahsia Hindari Kemarahan

Anda sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi anda. Sebab, kalau anda bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.

Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”
“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Setelah membaca entri ini, marilah kita sama-sama berazam untuk mengawal perasaan dan emosi kita daripada marah. Sesungguhnya marah itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada kita.
Kalau kita berasa nak marah lagi selepas ini, cubalah ingat kisah yang berlaku antara Saiyidina Abu Bakar Radhiallahu’anhuma dan Rasulullah SAW seperti di atas.

Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri

Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.
Suami isteri perlu saling bertolak ansur
Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;
  1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
  2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
  3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
  4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
  5. Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
  6. Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
  7. Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
  8. Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
  9. Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
  10. Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
  11. Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
  12. Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
  13. Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
  14. Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
  15. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.
Kepada yang belum kahwin, bolehlah catatkan tips ini dalam buku nota dan berazam sungguh-sungguh untuk praktikkan apabila dah berkahwin kelak. Bagi yang dah berumahtangga, jangan sekadar baca saja. Yang penting, amalkan apa yang kita dah tahu. Saya yakin, kalau kita dapat praktikkan apa yang dituliskan, pasti rumahtangga kita akan lebih harmoni dan bahagia, insyaAllah

Perangai Lelaki Vs Perangai Wanita, mana lagi hebat?

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
  • Cara berkomunikasi
  • Cara berfikir
  • Tahap kepekaan dan perasaan
  • Tanggapan
  • Tindakan dan perbuatan
  • Kaedah mempamerkan kasih sayang
  • Kehendak mempamerkan kasih sayang
  • Kehendak dan pengharapan
  • Cara mempamerkan penghargaan
  • Tahap pengorbanan
  • Daya khayalan
  • Daya pengamatan dan konsentrasi
  • Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
Lelaki dan wanita saling memerlukan
Lelaki dan wanita saling memerlukan

Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.
Anda setuju dengan semua pernyataan di atas? Apa pendapat anda? Sila kongsikan di ruang komen di bawah. TQ

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
  Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh   Surah Al Baqarah - Ayat 102  
Anak2 pandai belajar   Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79  
Anak2 lembut hati/ elak panas baran   Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah   Surah Toha ayat 1-5  
Supaya Suami tak kawin lain   Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil  
Ayat pendinding   Ayat akhir surah At Taubah  
Bg anak2 yg suka keluar malam   Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x  
Untuk jadi pendinding rumah   Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah  

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
 
* Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah  mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat...

09 February 2010

Tip Memelihara Cinta Sejati

 Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: â€Å“Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?â€? Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3
. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,� percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

07 February 2010

Diet Rasullullah SAW

> Diet
> Rasul SAW
>
> JENIS MAKANAN
>
> Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan
> sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab
> terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing
> manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2
> penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
> ajarkan kepada yg lainnya.
> Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
> Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit
> perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya
> sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah
> ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan
> makanan.
>
> Jangan makan SUSU bersama DAGING
>
>
>  
>
> Jangan makan DAGING bersama IKAN
>
>
>  
>
> Jangan makan IKAN bersama SUSU
>
>
>  
>
> Jangan makan AYAM bersama SUSU
>
>
>  
>
> Jangan makan IKAN bersama TELUR
>
>
>  
>
> Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
>
>
>  
>
> Jangan makan SUSU bersama CUKA
>
>
>  
>
> Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
>
>
> ·          CARA MAKAN
> ·          JANGAN MAKAN BUAH
> SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH  TERLEBIH
> DAHULU, BARU MAKAN NASI.
> ·          TIDUR 1 JAM SETELAH
> MAKAN TENGAH HARI.
> ·          JANGAN SESEKALI
> TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
>  DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN    
> AKAN BERGANDA.
> ·          Nampak memang sulit..
> tapi, kalau tak percaya...
> cobalah.....................................
> ·          Pengaruhnya tidak
> dalam jangka pendek....  Akan berpengaruh bila kita
> sudah tua nanti.
> ·          Dalam kitab juga
> melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
>  makanan laut.
> ·          Nabi pernah mencegah
> kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat
> penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa
> dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan
> mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur
> dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan
> dapat merusak usus kita.
> ·          Al-Quran Juga
> mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat
> ·          amalan antara
> lain:
> ·          Mandi Pagi sebelum
> subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit.
> Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi
> penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi
> kebanyakan badan tak gemuk.
> ·          Rasulullah mengamalkan
> minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi.
> Mujarabnya
>  Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
> ·          Waktu sembahyang subuh
> disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang
> kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan
> terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh
> para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu
> kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
> ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
> darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
> tersebut.
> ·          Nabi juga mengajar
> kita makan dengan tangan dan bila habis
> hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis
> telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari
> jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme
> sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
> ·          Sama-samalah kita
> mengamalkannya.......
> ·  
>       WallahuA'lam
>
> Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan
> ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10
> kali kepadanya.

DASAR LELAKI...

DASAR LELAKI...

Amin ialah seorang pakar Matematik terkemuka di dunia dan hendak berkahwin. Tetapi dia didalam dilema kerana terpaksa memilih antara 3 wanita yang dirasanya memang yang paling sempurna untuk menjadi bakal isterinya. Maka lelaki ini membuat satu strategi dimana dia beri setiap seorang wanita tersebut dengan wang berjumlah RM10,000 dan tengok apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut.   Wanita pertama membuat total-makeover. Dia pergi ke salon kecantikan, set rambut, buat facial-treatment. Kemudian pegi pula ke pusat perapian terperinci untuk mencantikkan lagi bodynya. Selebihnya dia belanjakan dengan membeli baju yang cantik2 dan seksi2. Dia beritahu Amin yang dia berbuat demikian kerana dia cintakan Amin dan sanggup berhabis semata2 untuk kelihatan menarik di depan mata Amin. Amin sangat kagum dan terharu.
  Wanita kedua pergi shopping untuk membeli hadiah kepada Amin. Dia beli set golf club baru, handphone baru, XBOX 360, laptop Macintosh terbaru dan tak lupa juga suit-suit Calvin Klein untuk Amin. Semasa dia membe! ri hadiah2, wanita itu berkata kerana terlalu sayangkan Amin, dia sanggup membelanjakan semua RM10,000 tu untuk lelaki tersebut. Sekali lagi,Amin kagum dan terharu.
  Wanita ketiga melaburkan separuh dari RM10,000 tu ke dalam stock market, selebihnya ke dalam ASB. Saham wanita tersebut mengena dan wanita itu menerima wang b erkali ganda dari RM10,000 itu. Wanita itu kemudian pulangkan balik RM10,000 tersebut kepada Amin dan laburkan wang yang selebihnya dalam joint-account. Wanita itu memberitahu kerana terlalu cintakan dan sayangkan Amin, dia mahu bina masa depan dengan melaburkan wang yang diberi ke jalan yang betul. Dia mahu lihat mereka dan anak-anak mereka nanti hidup senang. Obviously, Amin sangat kagum dan terharu.
  Amin memikirkan mana satu yang harus dipilihnya diantara ketiga-tiga wanita itu. Akhirnya Amin mengahwini wanita yang kedua kerana buah dadanya paling besar antara ketiga-tiga mereka. Dasar lelaki.............

KASIH IBU

KASIH IBU



CERITA SEORANG KAWAN ....
Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping
bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,
dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami
pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting
room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan
susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah
mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak
dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu
rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya
mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan
dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali
pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan
ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang
penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari
semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati
saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada
malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya
memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan
yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan
telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai
dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati
saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak
keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun
yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..