Make Money With Twitter

12 December 2009

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku
nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan
maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat
itu,
wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat
kepada
Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi
ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih
mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali
berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak
memakan
rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala
larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang
ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini
nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan
melakukan
maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang
keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut
rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat
dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai
Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh
lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di
hari
kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya
bercucuran.
"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-
isak.

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..