Make Money With Twitter

21 January 2010

FATWA: ISLAM HARAMKANÂ ROKOK

FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. * Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental)
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.  Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

STOP SMOKING @ BERHENTI MEROKOK!! - PART 4



GOOD EVENING EVERYONE WHO ARE READING MY BLOG,THANK YOU FOR YOUR ALL SUPPORT.

I'M AIDIEL,AND MY POST TODAY IS ABOUT
STOP SMOKING..

HERE ARE SOME OF THE NUTRIENT THAT CAN KILL YOU..

PLEASE BE INFORMED THAT IF YOU STILL SMOKING,YOU DON'T REALLY LOVE YOURSELF AND YOUR LOVES ONE.

Berhenti Merokok!! - Part 3

Helloo..Kengkawan..




Assalamualaikum, Selamat pagi, untuk korang semua,orait,kita sambung lagi..Korang mesti dah usha, dah tengok gambar rokok yang ada kt atas tu..pergghh...memang...memang,memang banyak sangat zat-zat khasiat racun terkandung dalam sebatang rokok tu beb..macam-macam adaaa...

Aku dulu jahil,x tahu apa yang ada dalam rokok tu, bila dah tahu, macamana kesannya ke atas aku dan orang di sekeliling aku..

Jadi,kawan-kawan, fikir-fikirkan lah bersama dan perangi tabiat merokok ni..

Kita x rugi kalau tidak menghisap rokok ni..

Percayalah, lagi untung lagi adalah..

Kesihatan

Diri Sendiri

Kewangan kita pun terjamin..

20 January 2010

Berhenti Merokok!! - Part 2



Jumpa lagi kita dalam blog ni,

uiiihh..ngantuk gila la ni,selepas lama tidak menghisap rokok lagi,lepas makan mesti mengantuk punya,lagi-lagi masa mula-mula berhenti tu,uihh..pergghhh...dugaannya,Allah je yang Maha Mengetahui..kawan-kawan yang menghasut hisap rokok,dalam diri sendiri lah yang paling kuat syaitan menghasut ni...suara-suara menghasut,hisaplah,sebatang je..sepam je..dan macam-macam lagi godaan dan dugaan yang aku alami.Paling teruk masa lepas makanlah,memang kuat,aku gantikan rokok tu dengan chewing gum,gula-gula,pecungkil gigi dan yang paling berat sekali,aku kene bertahan,aku kene lawan mental aku.itu part yang paling penting aku kene buat..

Hhhmm,.. Aku rasa bersyukur,walaupun gigi aku dah rosak sikit,tapi masih lagi ada kesemua gigi tu kira Alhamdullillah..

Kita sambung lagi di masa yang lain..Adios..

Apa itu CINTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Berhenti Merokok!!!

Salam, kepada semua yang membaca blog aku ni,sememangnya blog aku kurang menarik,insyallah akan aku baikinya di masa akan datang,ok,bukan itu yang ingin aku sampaikan,tetapi pasal tabiat merokok di kalangan masyarakat kita malah masyarakat dunia,chewah..macam bagus sangat je aku ni..hehehe..sebenarnya pada tahun 2009,bulan Mei,aku juga adalah seorang perokok yang amat tegar,dari hisap rokok ketika berumur 16 tahun sehingga umur aku 28 tahun itu satu waktu yang agak lama beb..dari menghisap rokok winston merah,tukar ke gudang garam hitam,tukar lagi ke dunhill merah,bantai pulak ke pall mall merah,tukar lagi ke pall mall light,kotak warna biru,last-last dan yang final,aku hisap rokok Sampoerna A atau nusantara sebab harganya murah beb..hehehe..tapi pada suatu hari tu,dengan tiba-tiba je aku rasa penat,aku rasa rokok yang selama ni membuatkan jantung dan paru-paru aku kuat bekerja,rasa begitu membosankan,begitu tidak sedap lagi.Pergghh...
Tiba-tiba je rasa tersedarnya aku dengan keburukan merokok,aku gi masjid ada fatwa tentang haramnya merokok yang memudaratkan diri sendiri,terpampang kat tepi dinding depan tempat aku gi solat Jumaat kt Selayang,masa tu aku pergi ke masjid dengan seorang kawan baik aku yang kebetulan merokok juga,dia berhenti merokok jg pada hari yang sama aku berhenti juga,Alhamdullillah,Allah masih sayangkan aku,dia bagi petunjuk supaya berhenti merokok.
Ok,kekawan,aku rasa setakat ni untuk hari ni,aku akan sambung lagi di hari yang lain.

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..