Make Money With Twitter

21 January 2009

TEORI PYTHAGORAS

Apa Itu Numerologi?

Ianya adalah satu kajian yang berkaitan dengan nombor dan simbol. Pada asasnya
ianya adalah satu kajian tentang misteri yang tersembunyi di sebalik nombor yang
boleh memberi maklumat tentang peribadi seseorang, tempat dan sesuatu perkara.
Ianya digunakan untuk menentukan sifat seseorang, kekuatan dan kelebihan dan
cabaran yang mesti dilalui. Ianya juga berkaitan dengan keperluan dalaman
seseorang, reaksi emosi dan cara seseorang itu berinteraksi dengan orang
lain. Kajian yang melibatkan Numerologi telah bermula kira-kira 10,000 tahun
yang lampau dan ianya diamalkan di zaman Egypt dan Babylon.
Di zaman Cina purba, melalui kajian buku I Ching terdapat satru penemuan
berkaitan dengan corak nombor dalam setiap tahap Qi. Corak nombor ini boleh
menggabungkan keharmonian alam.
Teori dan formula kemudiannya dikenalpasti dan di kira. Ini telah menjadi asas
kepada cara menilai dan memahami persekitaran.
Kira-kira 2600 tahun dahulu di Greece, Pythagoras iaitu Bapa Matematik menulis
yang nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, ianya berkaitan dengan alam
sekeliling dan semua konsep boleh diluahkan melalui nombor. Beliau
menerangkan tentang kualiti dan hubungan setiap 9 nombor.
Beliau adalah bapa kepada Numerologi Moden.
Bagaimana Numerologi Berfungsi
Kesemua yang terdapat di alam semesta bergerak mengikut frekuensi masingmasing.
Sekiranya kita dapat tahu tahap pergerakan dan kelajuan setiap objek di
alam semesta,kita boleh mengetahui kualiti dan tenaga yang terdapat didalamnya.
Dengan mempraktikkan prinsip Numerologi danmenggunakan tarikh kelahiran
sebagai data asas, kita boleh menentukan tahap frekuensi bagi setiap
orang.
Analisis Numerologi tentang pengiraan frekuensi memberi maklumat tentang sifat
dan kelakuan seseorang.

No comments:

Post a Comment

thank you for comment me,if there is something bad or good,i'm willing to accept it...please comment me anytime... terima kasih kerana komen saya..di hari akn dtg sy akan membaiki lg blog sy...

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..