Make Money With Twitter

21 January 2009

Kiraan Tarkh Lahir Secara Metafizik

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam hormat dari saya.

Pernahkah anda berfikir dan menyoal diri anda dengan soalan-soalan berikut:

Siapakah diri anda yang sebenarnya ?
Apakah anda tahu kekuatan dan kelemahan ?
Apakah potensi anda yang sebenarnya ?
Adakah kerjaya atau bisnes sekarang adalah sebenarnya sesuai dengan anda ?
Mengapakah susah sangat nak kaya ?
Jangan risau. Jangan sedih. Jangan kecewa. Hidup kena diteruskan. Perjuangan
masih belum selesai.
Memang pada satu tahap dalam kehidupan, kita akan bertanya diri kita soalansoalan
tersebut. Ini dilakukan kerana kita tidak puas dengan apa yang kita ada.
Bukan bermakna kita tidak bersyukur atas apa yang kita miliki. Tetapi, kita ingin
mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita, samada ingin kaya,
menambahkan kekayaan, kerjaya yang baik, Berjaya dalam pelajaran ataupun
mempunyai kesihatan yang terbaik.
Anda mungkin tidak bersetuju dengan analisa-analisa karektor yang akan
diberikan nanti. Anda mungkin kata tak adalah, tak betullah, dan lain-lain lagi. Itu
semua terpulanglah pada anda. Anda tidak dipaksa untuk percaya ataupun tidak
percaya. Kaedah ini telah digunakan beribu-ribu tahun di segenap pelusuk dunia.
Usah malu nak memulakan sesuatu, walaupun sudah berumur. Kaedah yang
digunakan ini patut diketahui oleh semua orang, tak kira umur, agama, bangsa,
kaya, miskin, susah, senang, yang bekerja ataupun yang masih belajar.
Jom. Kita mulakan.


KAEDAH METAFIZIK

Kaedah yang digunakan dalam ebuku ini adalah hasil dari kajian yang dilakukan
sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian
yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya kajian keatas beratus manusia,
tetapi berbilion manusia. Kaedah ini dinamakan metafizik.
Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami karektor, sifat
positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan
peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan
untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.
Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang
terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi untuk
aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan boleh
dilakukan.
Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka
satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam
kehidupan di dunia dan akhirat.
Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, “Allah
tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah
diri sendiri”

No comments:

Post a Comment

thank you for comment me,if there is something bad or good,i'm willing to accept it...please comment me anytime... terima kasih kerana komen saya..di hari akn dtg sy akan membaiki lg blog sy...

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..