Make Money With Twitter

11 January 2010

SAINS METAFIZIK JELASKAN JATUH BANGUN PERNIAGAAN


Oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury, Pengasas Kaedah Gabungan Astronumerologi Dinamik; Perancang Pengurusan Halatuju Hidup dan Perniagaan

edie.JPG
ANDA tentu pernah membaca kisah-kisah motivasi di dalam bidang keusahawanan atau perniagaan sama ada ianya adalah kisah kejayaan atau kejatuhan seseorang usahawan atau organisasi. Ianya adalah sumber pembelajaran yang sangat baik iaitu belajar daripada orang lain.

Anda mungkin ada terfikir kenapa seseorang atau sesuatu perniagaan itu ada kisah jatuh bangun yang berbeza-beza?.
Malah anda mungkin pernah membaca kisah seseorang yang terus menerus berjaya namun ada individu yang terus menerus gagal.

Persoalannya, apakah yang membezakan realiti kisah kejayaan dan kegagalan itu jika setiap orang memiliki peluang yang sama, pendidikan yang sama malah produk yang sama?

Ada sesuatu perkara yang belum menjadi tajuk perbualan di dalam dunia perniagaan iaitu mengenali potensi seseorang di dalam perniagaan. Seringkali apabila diperkatakan tentang potensi di dalam perniagaan, orang akan terus merujuk kepada perniagaan itu sendiri seperti potensi peluang pasaran, potensi kehendak produk dan mungkin sedikit perbincangan tentang potensi seseorang meluaskan perniagaan di dalam sesuatu industri.

Peranan angka

Tetapi belum pernah lagi di Malaysia ini yang ada membincangkan perihal potensi kejayaan dan kegagalan diri seseorang itu, seolah-olah di dalam dunia perniagaan, potensi diri itu tidak diperlukan tetapi lebih kepada potensi produk, pelan dan pasaran.

quantumuniverse.jpgJika seseorang itu gagal di dalam sesuatu perniagaan, maka dipersalahkan situasi pasaran yang lembab atau pelan perniagaan yang tidak membawa pulangan secara konsisten atau produk yang tidak memenuhi kehendak pelanggan.

Tahukah anda bahawa setiap orang itu berpotensi untuk berjaya atau gagal di dalam perniagaan berdasarkan kepada spesifikasi diri seseorang?

Daripada kajian saya mendapati individu yang mempunyai pola nombor 673 di dalam Rajah Segitiga yang dibentuk daripada tarikh lahir atau tarikh pendaftaran syarikat, seringkali menghadapi masalah di dalam perniagaan.

Pola nombor 673 sebenarnya sering dijumpai pada individu atau organisasi yang bersifat kebajikan; iaitu mereka ini pemurah dan sering suka memberi bantuan kepada orang lain tanpa mengenakan upah.

Untuk individu yang berniaga tetapi memiliki pola 673 ini seringkali mengaku suka “membantu” pelanggan mereka dengan membenarkan pelanggan mudah berhutang iaitu mengamalkan sistem kredit yang sangat longgar malah ada yang memberikan produk atau perkhidmatan secara percuma sesuka hati.

Ini tentunya amalan yang tidak sihat di dalam perniagaan kerana jika amalan ini tidak dikawal dengan baik, habislah modal perniagaan diberikan begitu sahaja kepada orang lain.

Apabila ini terjadi, maka perniagaan pun musnah dan kemudian menyalahkan produk yang kononnya tidak menarik. Individu yang memiliki pola 673 tidak sedar bahawa punca perniagaan mereka roboh ialah kerana amalan pemurah mereka itu sendiri.

Rajah segitiga dan tarikh lahir

 sains_metafizik.JPG
Rajah Segitiga untuk seorang usahawan internet berjaya. Pola nombor 696 (bisnes), 27 (tarikan), 573 (orang kenamaan), 393 (jangka pendek) dan 456 (kewangan) adalah pola-pola nombor yang sangat penting untuk menjelaskan kejayaan beliau yang boleh dijadikan panduan oleh usahawan lain.


Ini adalah Rajah Segitiga untuk seorang idola usahawan muda yang berjaya di dalam perniagaan internet yang dikenali juga sebagai penulis buku, selebriti radio, TV dan media cetak.

Di dalam Rajah Segitiga beliau terdapatnya nombor 696, 456 dan 393 iaitu pola yang merujuk kepada individu yang mahir mengambil risiko dan mudah berjaya di dalam perniagaan serta perniagaannya perlulah bersifat jangka pendek.

Saya percaya beliau sendiri tidak tahu pola-pola nombor itu ada pada dirinya tetapi hakikatnya beliau sememangnya seorang usahwan yang berjaya di dalam perniagaan internet iaitu bersifat jangka pendek.

Ini adalah hasil daripada kajian penyelidikan yang dilakukan kepada pengalaman orang daripada temubual, bacaan daripada media cetak dan elektronik, pemerhatian dan analisis terhadap parameter tarikh lahir atau tarikh pendaftaran syarikat seseorang.

Kenapa tarikh lahir digunakan? Ini adalah disebabkan kerana tarikh lahir tidak akan berubah maka kajian ini lebih kukuh berbanding mengkaji seseorang berdasarkan kepada nama atau bentuk badannya.

Kajian

Memang terdapat banyak kajian tentang potensi seseorang daripada nama, contohnya, nama Farid seringkali dijumpai pada individu yang terlibat di dalam dunia hiburan, tetapi nama boleh diubah-ubah, maka kajian potensi menggunakan nama mahupun berbentuk psikologi bersifat berubah-ubah.

Apakah ini menilik nasib, sesuatu yang mengarut atau satu khurafat yang diharamkan oleh agama Islam?

Kaedah ini adalah kaedah sains penyelidikan dan bukannya sejenis kepercayaan. Sebagaimana hasil kajian sains yang lain seperti kajian ke atas Tongkat Ali yang didakwa mampu membantu menguatkan batin lelaki, penggunaan Vitamin C di dalam merawat penyakit demam dan individu yang mempunyai IQ kurang dari 100 mata mempunyai masalah kecerdikan dan sebagainya.

Kajian sains dilakukan mengikut kaedah statistik iaitu mengkaji beberapa wakil daripada populasi yang dipilih secara rambang. Mana mungkin 20 billion penduduk dunia diuji dengan Vitamin C untuk menentukan keberkesanan Vitamin C, maka kajian ini dilakukan secara rambang kepada beberapa ratus individu yang mewakili penduduk dunia.

Jika individu yang dipilih itu didapati majoritinya memenuhi kehendak kajian, maka kesimpulan dibuat untuk menjadikannya sebagai satu panduan.

Namun, kaedah penyelidikan statistik tidak boleh mutlak tepat, contohnya bukan semua orang boleh sihat dengan Vitamin C.

Walaupun hasil kajian tidak tepat untuk orang tertentu, tetapi ianya sangat baik sebagai satu panduan kepada umum, maka ianya sepatutnya bukanlah digunakan untuk menilik nasib.

Begitu juga dengan sains penyelidikan meterologi iaitu laporan kaji cuaca, walaupun ianya kurang tepat tetapi sangat bagus digunakan untuk panduan pencegahan di dalam persediaan menangani krisis bencana alam seperti taufan dan banjir.

Begitu juga dengan kaedah mengenali potensi diri menggunakan sains metafizik berdasarkan tarikh lahir menggunakan kaedah astronumerologi dinamik.

Apa yang dilakukan ialah mengkaji potensi daripada pengalaman-pengalaman orang lain dan membentuknya di dalam satu kod atau pola yang akan digunakan sebagai rujukan.

Jika kajian saya mendapati individu yang mempunyai pola 673 sering gagal dalam perniagaan kerana sifat pemurahnya, pola 673 itu adalah sebenarnya hasil daripada kajian saya terhadap pengalaman orang lain yang sering gagal.

Jadi, jika anda memiliki pola ini bermakna anda berpotensi menjadi salah seorang daripada mereka iaitu pemurah dan seterusnya gagal di dalam perniagaan.

Namun, ini bukan bermaksud untuk menilik nasib iaitu jika anda mempunyai pola 673 anda pasti gagal di dalam perniagaan disebabkan oleh sifat pemurah anda. Jika anda mempunyai pola tertentu, itu bermaksud satu petanda atau petunjuk untuk anda buat perubahan, itupun jika anda memilih untuk berubah.

Jika anda tidak berubah tentulah hasilnya begitu. Contohnya, jika anda memandu di jalan raya dan tiba di simpang lampu isyarat, tentunya anda berhenti di lampu merah, jika anda melanggar lampu merah, tentu kemalangan akan berlaku.

Berbalik kepada pola itu tadi, apakah membuat perubahan itu adalah mengubah nasib? Tentunya tidak, kerana kaedah ini digunakan untuk mengenali potensi diri anda supaya kehidupan anda lebih lancar, itu bukannya mengubah apa jua, cuma membantu anda menjalani kehidupan yang sesuai dengan potensi anda.

Walaupun kaedah ini menyerupai kaedah lain tetapi cara penyampaian dan penggunaan adalah berbeza iaitu tiada unsur tilik nasib tetapi mengenali potensi supaya anda boleh buat pilihan yang sewajarnya.

Di dalam kaedah yang saya panggil Kaedah Gabungan Astronumerologi Dinamik mengandungi hampir 20 jenis kajian yang diambil daripada beberapa buah negara.

Kes kajian 1:
Puan Siti Solehah, seorang penjual nasi lemak di Shah Alam yang mempunyai pendapatan RM1,000 kini mendapat pendapatan RM78,000 (sumber Harian Metro, 23 Mac 2008) setelah beliau menggunakan potensi komunikasi yang sebelum ini tidak pernah difikirkannya boleh diusahakan.

Setelah mendalami potensi itu daripada salah satu kursus saya, beliau memilih untuk mencuba potensi itu dan ternyata berhasil. Beliau juga mengikut saranan saya untuk menukar arah premis perniagaan dan ianya juga membuahkan hasil positif.

Semua ini adalah hasil daripada kajian potensi menggunakan kaedah penyelidikan sains metafizik.

Kes kajian 2:
Seorang usahawan terkenal Malaysia kerugian hampir RM3.5 juta pada tahun 2007 selepas membeli sebuah perusahaan pada tahun tersebut yang tidak dapat mengembalikan modal pelaburan dalam masa ditetapkan.

Rajah Segitiga beliau untuk tahun 2007 menunjukkan angka tengah 8 yang biasanya menunjukkan tahun tekanan. Menggunakan kaedah ini, kita boleh membuat persediaan jangka panjang sebelum tiba tahun tekanan untuk mengelakkan kerugian besar.




Bagi mengetahui lebih lanjut berhubung Sains Metafizik bolehlah melawat ke laman web : http://www.eddy-rosyadie.blogspot.com 


 


No comments:

Post a Comment

thank you for comment me,if there is something bad or good,i'm willing to accept it...please comment me anytime... terima kasih kerana komen saya..di hari akn dtg sy akan membaiki lg blog sy...

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..