Pantun Aidilfitri Puasa itu satu perintah
Oleh Allah yang maha perkasa
Perintah itu jangan dibantah
Wajibnya itu pada yang berkuasa
Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera
Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia
Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya
Lemah lembut tuan puteri
Berhias pandai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
12 February 2010
11 February 2010
Pantun Kepahlawanan
| Pantun kepahlawanan |
Apa guna kepuk di ladang Kalau tidak berisi padi Apa guna berambut panjang Kalau tidak berani mati Guruh berdentum bumi bergegar Ayam jaguh sedang bersabung Jangan cakap sahaja berdegar Hulur senjata kita bertarung Limau bentan di tepi tingkap Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi kutangkap Inikan pula cicak mengkarung Pudak bukan sebarang pudak Pudak tumbuh di tepi lombong Jalak buka sebarang jalak Jalak biasa menang bersabung Anak Cina bersampan kotak Muatan sarat dengan ragi Biar retak bumi kupijak Kamu takkan kulepaskan lagi Hang Jebat Hang Kasturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata Patah rotan tali bersilang Batang meranti rimbun berjejal Langkah pahlawan di tengah gelanggang Berpantang mati sebelum ajal Banyak batang tumbuh cendawan Cendawan kukur jalan ke huma Banyak orang mengaku pahlawan Sambutlah pukul tikam pertama Putus sudah tali temberang Semasa belayar di sampan kotak Jangan berlagak jaguh yang garang Kepala sendiri nanti yang retak Apa guna padi bukit Padi dibendang menabur bunga Apa guna hati sakit Mati bertikam termasyhur lama Tebu bukannya bangkut Rama-rama terbang ke kuala Bukan kami kaki penakut Berani kami korbankan nyawa Memang pahit buah peria Makanan orang pergi menjala Jikalau mengaku taat setia Bersamalah kita pertahan negara Cik Embun orang berbidan Pandai mengurut sakit kepala Biar berkalang nyawa di badan Kedaulatan negara kupertahankan jua Kalau mengail di lubuk dangkal Dapat ikan sepenuh raga Kalau kail panjang sejengkal Jangan lautan hendak diduga Apa guna kepuk di ladang Kalau tidak berisi padi Apa guna keris di pinggang Kalau tidak berani mati Adakah perisai bertali rambut Rambut dipintal akan cemara Adakah bisai tahu takut Kami pun muda lagi perkasa Sampan kotak mengapa dikayuh Hendak belayar ke tanah seberang Patah kepak bertongkatkan paruh Pantang menyerah di tengah gelanggang Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh Lemaknya nasi bergulai udang Lemak berbau santan kelapa Rela kumati berputih tulang Tidak kumahu berputih mata Orang menyeberang gunakan titi Titi dibuat tinggi di atas Dalam telur lagikan dinanti Inikan pula sudah menetas Jika terjumpa ular tedung Carilah buluh kayu pemukul Berani buat beranilah tanggung Tangan menjinjing bahu memikul Perahu payang layarnya merah Belayar menuju arah utara Keris dipegang bersintukkan darah Adat pahlawan membela negara Sungguh cantik bunga yang merah Malangnya lama tidak disirami Kalau jasadku rebah ke tanah Rela aku disemadikan di sini Telur itik dari Senggora Pandan terletak dilangkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terhantar di Langkawi Anna Abadi pergi ke Lukut Bawa pulang kacang panjang Sedikit pun hamba tak takut Kalau berani turun gelanggang |
SEMERBAK BUNGA
Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.
Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.
Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.
Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.
Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)