Make Money With Twitter

28 January 2010

Berhenti Merokok / Stop Smoking - Part 7

Salam and hello from me..Aidiel..

Apa khabar hari ni? ada batuk-batuk ke atau sakit kepala ke..cepat-cepat pergi ke klinik..sebab tahun ni melalui kiraan metafizik dan numerologi adalah tahun kesihatan,huru-hara dan juga tahun kesihatan untuk wanita terutamanya.

JADI UNTUK WANITA-WANITA di luar sana, jagalah kesihatan ye..

Apa lagi yang boleh aku beritahu korang pasal merokok ni..hhmm..sebab-sebab merokok.
Banyak sebab musabab nya terjadi kegiatan atau tabiat merokok ni.
Pasal frust, kecewa dengan hidup,
tidak puashati dengan keadaan diri,
sebab tension,
sebab kawan-kawan ajak - pengaruh rakan sebaya
nak release tension
nak menunjukan kejantanan diri
nak elakkan serangan nyamuk
saja-saja cuba benda baru lah kononnya sampai ketagihan..hehehe...
dan macam-macam sebab yang diketahui atau tidak diketahui.

Orait,nak g Solat Jumaat dulu..kita sambung lain kali yek..

Salam Mesra dan Kesihatan utk 2010 ni...

Aidiel.

27 January 2010

Melayu Bijaksana

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Berhenti Merokok - Stop Smoking - Part 6

Salam dan Hello untuk kawan2 di luar sana,

Terima kasih kerana membaca di blog aku dan memberikan komen sekiranya ada...aku pun orang biasa juga punya hati dan perasaan,chewahh..feeling pulak..apa pulak topik kita pada hari ni..pada pagi yang mulia ini..hehehe...hhmm...

Topiknya tetap sama, iaitu berhenti merokok cuma olahannya berbeza.

Kali ni pulak pasal lepas makan hisap rokok,pergghh...

Sesiapa yang merokok macam naga tu, sama macam aku dulu tu, sampai 2 kotak 14's batang punya rokok sehari, memang menyukai nikmat-nikmat dadah dan sedapnya rokok tu...hehehe..jangan marah aaa, memang kenyataan benda ni, sebab aku dah rasa pun..
Kadang-kadang tu sampai 2-3 batang lepas makan tu..mesti nak pekena punya..tanyalah perokok sejati samada kawan-kawan,abang-abang,adik-adik, dan bapa-bapa.

Lain kali kita sambung lagi lah ye...

Salam Kesihatan dan ceria untuk 2010 ni..

Assalamualaikum,...

Aidiel...

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..