Make Money With Twitter

15 November 2009

Wajah-Wajah Yahudi Yang Mengelirukan












Dunia sekarang yang sejak dahulunya dihiasi dengan pelbagai zaman konfrontasi, konflik dan persilisihan menyaksikan terdapat tokoh-tokoh tertentu yang berkuasa di belakangnya.

Tokoh-tokoh ini dikenali masyarakat dunia dan nama-nama mereka termaktub subur dalam buku sejarah dunia. Kesan yang dibawa oleh nama-nama besar ini bukan sahaja dicatat sebagai sejarah semata-mata tetapi mengubah 360 darjah pemikiran masyarakat yang hidup sezaman dengan mereka.

Malah yang paling memeranjatkan, setiap mereka mempunyai fizikal, pengetahuan dan jalan kerja yang 90 peratus hampir sama. Berikut ialah wajah-wajah mereka.

Ignatius Loyola (1491-1556)

Ignatius seorang paderi katholik telah menubuhkan pertubuhan kebajikan katholik yang bernama Jesuit. Jesuit adalah pertubuhan Gereja Katolik Roma. Ia didirikan pada tahun 1534 oleh sekelompok mahasiswa pascasarjana dari Universitas Paris yang merupakan anak murid Ignatius Loyola.

Pada 15 Agustus 1534, Ignatius dan enam murid lainnya. Mereka mendirikan pertubuhan yang bernama Jesuit untuk “melaksanakan pelayanan dan misi di Palestin atau pergi ke mana sahaja tanpa banyak bertanya untuk mengikuti perintah Paus.”

Selain Eropah dan Palestin, Jesuit berkembang dengan pesat di Indonesia. Dan Indonesia sekarang mempunyai penganut kristian berbangsa Melayu yang teramai di rantau Asia.

Dalam sejarah, Ignatius telah membuat perkara-perkara berikut:
• Mengumpul pengikut
• Menubuhkan pertubuhan
• Menggunakan pertubuhan itu mengawal organisasi lain.

Adam Weishaupt (6 Feb 1748 - 18 Nov 1830)

Beliau dilahirkan di Ingolstadt, Perancis dan bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti of Ingolstadt. Weishaupt dikatakan mengamalkan penyembahan kesyaitanan secara sembunyi di universitinya.

Selepas berhenti bekerja dari universiti, beliau menganut (sebelum ini Yahudi) agama Kristian Katholik. Keilmuwannya yang tinggi menyebabkan beliau di lantik sebagai salah seorang paderi di gereja besar Katholik di Perancis.

Jawatannya sebagai paderi digunakan untuk mempengaruhi orang-orang tertentu mengamalkan penyembahan syaitan bersamanya di gereja. Akhirnya, kegiatan sulit Weshaupt diketahui pihak pengurusan gereja. Beliau dipecat selepas itu.

Sejak itu, Weishaupt mula bertungkus lumus menubuhkan gerakan sulit Illuminati. Matlamat Illuminati ialah menubuhkan “One World Government” dengan menggunakan polisi “New World Order”. Pertubuhan ini menguasai 80 peratus pentadbiran poltik dan ekonomi dunia secara rahsia.

David Rockefeller (12 Jun 1915 - sekarang)

Dilahirkan di bandar New York dan merupakan anak bongsu kepada diktator syarikat minyak dunia iaitu John D. Rockefeller. Rockfeller juga mempunyai univerisiti sendiri disamping menguasai 70% telaga-telaga minyak di Arab Saudi, UAE dan Kuwait.

Rockefeller juga adalah pemegang hartanah terbanyak di seluruh dunia. Dikatakan juga di mana pun negara yang pernah mengalami perang akan ada tanah Rockfeller. Majalah Forbes juga mengandaikan 50% kekayaan dunia adalah milik Rockfeller. Manakala 50% lagi adalah kepunyaan Rothschild.

Rockefeller telah menubuhkan suatu pertubuhan berdaftar tetapi mempunyai misi sulit iaitu Trilateral Commission pada 1973. Pertubuhan ini lebih kepada berbentuk forum-forum ekonomi dan pembentangan kertas kerja. Tetapi sebaliknya ia berperanan menguasai ekonomi dunia melalui ahli-ahlinya.

Analisis Kesamaan Tindakan

Hasil penelitian saya mendapati terdapat kesamaan-kesamaan berikut dari segi cara ketiga-tiga orang ini bekerja.

A. Menubuhkan Pertubuhan

* Ignatius Loyola menubuhkan pertubuhan Jesuit untuk paderi-paderi Katholik seluruh Eropah.
* Adam Weishaupt menubuhkan Illluminati untuk orang-orang politik seluruh Eropah.
* David Rockfeller menubuhkan Trilateral Commission untuk tokoh-tokoh ekonomi dan politik seluruh dunia

B. Mengawal Organisasi Lain Melalui Pertubuhan Yang Ditubuh

* IgnatiusLoyola menubuhkan Jesuit pada 1534 untuk mengawal polisi pentadbiran tertinggi masyarakat Kristian iaitu Gereja Vatican. Sehingga sekarang Vatican dikuasai oleh salah seorang ahli Jesuit yang dikenali sebagai Black Pope.
* Adam Weishaupt menubuhkan Illuminati pada 1 Mei 1776 untuk mengawal pertubuhan-pertubuhan politik di seluruh Eropah. Sekarang ini, pemimpin-pemimpin parti politik negara-negara berkuasa veto dipercayai adalah ahli Illuminati.
* David Rockefeller menubuhkan Trilateral Commission pada 1973 untuk mengawal sumber ekonomi dunia. Sehingga sekarang semua sumber ekonomi negara dunia dikuasai ahli-ahli Trilateral Commission.





 (Gambar) Lihatlah wajah Black Pope Peter Hans yang dikatakan orang sebenar dibelakang tabir Vatican, tidakkah wajahnya seiras dengan Ignatius dan Rockefeller?






Kesamaan Wajah dan Fizikal
Lihat sahaja 3 wajah di atas dan pasti kita akan melihat kesamaannya. Ketiga-tiga mereka mempunyai bentuk dahi, hidung, mulut dan alis mata yang hampir sama.
Terdapat 3 teori yang boleh dibuat (teori rambang sahaja) berdasarkan Analisis Kesamaan Tindakan dan Kesamaan Wajah ketiga-tiga orang ini:
#Teori 1 : Mereka adalah orang yang sama iaitu Dajjal
Dajjal telah menggunakan teknik pengubahan wajah plastik seperti yang dalam artikel sebelum ini.
(Teori ini kurang kukuh atau langsung tidak kukuh, tetapi saya nyatakan saja sebagai suatu luahan lisan dan berkongsi pandangan)
Namun begitu, teori ini tidak membelakangi hadith yang menyebut tentang kemunculan Dajjal pada akhir zaman. Tiada hadith yang mengatakan Dajjal akan mengisytiharkan dirinya Dajjal di depan orang awam.
#Teori 2 : Mereka dari keturunan ahli keluarga yang sama
Teori ini mungkin lebih tepat kerana Dajjal sudah pasti mempunyai agen-agen yang dipercayai untuk melaksanakan agenda ketuhanannya. Muhammad Isa Dawud juga meyakini tentang peranan agen-agen ini dalam melakukan misi jahat Dajjal.
#Teori 3 : Mereka adalah ahli keluarga Dajjal
Secara logiknya pemimpin sesebuah negara hanya akan mempercayai ahli-ahli keluarganya untuk mencapai kesinambungan pemerintahan. Begitu juga orang yang mahu menguasai orang lain, ahli-ahli keluarga sendirilah yang paling dipercayai untuk menjalankan tugas itu.
Dalam konteks teori ini, Dajjal hanya mempercayai ahli-ahli keturunannya sahaja untuk melaksanakan misinya. Hanya Dajjal yang tahu siapakah ahli-ahli keturunannya kerana dia sudah pun berumur beribu-ribu tahun.
Dajjal mungkin tidak mempunyai zuriat tetapi sudah pasti ibu bapanya mempunyai ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak kita ketahui keturunannya.

Wallahu’alam…

10 Alasan Anda Dipilih atau Di reject

Biarpun telah lama berkawan tetapi si dia dia tidak pernah memberi jawapan yang pasti sama ada kamu ini pilihannya ataupun tidak. Sebenarnya, tidak perlu tunggu si dia berterus terang kamu sendiri sudah boleh menganggak keputusannya. Mudah sahaja. Berikut adalah tanda-tanda kamu adalah pilihannya dan bukan pilihannya. Mana satu yang kamu rasakan paling dekat denganmu.


10 Alasan Anda Dipilih

1. SI dia mengakui kebohongan yang telah dikatakannya pada masa lalu

2. Si dia memperkenalkan kamu kepada orang-orang yang dekat dengannya

3. Si dia mempelawa untuk menghantar kamu pulang ke rumah

4. Si dia mengakhiri percakapan di telefon dengan ucapan "aku cinta padamu" meskipun ketika dia sedang berada di pejabat.

5. Si dia mengatakannya "saya yakin awak akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak"

6. Si dia selalu ada ketika kamu memerlukanya

7. Si dia membela kamu ketika keluargannya memberi komen tentang kamu.

8. Si dia berhenti melakukan olahraga yang berbahaya kerena menyedari risiko yang akan ditanggung. namun bukan kerena takut pada risiko. tetapi kerena tidak mahu kamu bersedih

9. Si dia selalu mengak kamu pada setiap acara keluarga

10. Sia dia mengajak kamu membuka akaun bersama


10 Alasan Anda DIreject

1. Kamu terlalu banyak bicara

2. Pakaian kamu terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.

3. Kamu tidak tertawa saat dia buat lawak

4. kamu terlalu jujur tentang apa yang kamu inginkan dari hubungan tersebut.

5. Kamu berulang kali membicarakan tentang bekas lelakimu

6. Percakapan yang kamu jalinkan tidak bersangkutan dengan percakapannya

7. Kamu marah-marah kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawa pesananmu

8. Kamu terlalu banyak mengeluh

9. Kamu kerap melihatnya dengan padangans eribu tanda tanya

10. Kamu memintanya membawamu ke restoran dan tempat-tempat mahal.

Cara menghafal AL-Quran

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitabsuci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'an

Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagianataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebutbahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorangmuslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Thebest amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'an

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosatidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satupetikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal denganbaik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. Quran

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan didalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafalayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayatQuran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) Quran

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kitalakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

Cari Sampai Dapat!

adsense

Cari n Find!

Pages

COMMENT TO ME..